background

Thursday, December 8, 2016

Pentingnya Makanan Bernutrisi Untuk Anak Kita.

Bismillah ...

Assalamualaikum kawan kawan positif semua...

Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak anak adalah amanah dan tanggungjawab.Ia merupakan sebahagian amanah dan tanggungjawab kita apabila kita dikurniakan cahaya mata.Selain memberikan nama yang baik baik untuk anak kita,memastikan mereka mendapat ilmu yang secukupnya,kita juga perlu menjalankan amanah untuk memastikan mereka diberikan makanan yang halal dan bernutrisi.

Setiap amanah dan tanggungjawab selalunya mempunyai cabaran tersendiri.Cabaran pertama adalah datangnya dari diri kita sendiri.Ramai ibubapa  yang tidak mempunyai informasi yang betul mengenai pemakanan.Jadi mereka tidak mempunyai perasaan bersalah apabila memberikan kek,donut,air berkarbonat,dan makanan segera yang lain kepada anak anak mereka.

Mereka menyangka makanan yang banyak 'refined carbohydrate' atau 'karbo ringkas' adalah makanan yang baik dan selamat pada anak mereka.Padahal banyak kajian menunjukkan pemberian makanan berasaskan karbo ringkas ini dalam kuantiti yang banyak boleh menyebablan anak anak kita mengalami kegemukan,lembap dalam pembelajaran,dan menjadi hyperaktif.Ia juga menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes,tekanan darah tinggi,kanser,sakit jantung,dan pelbagai penyakot kronik lain dalam masa 10-15 tahun nanti.

Oleh itu tidak hairanlah,melalui pengalaman klinikal,ada dikalangan pesakit saya yang punyai tekanan darah tinggi @ kandungan gula yang tinggi,padahal baru berusia pertengahan 20an dan berbadan kurus.Ramai juga kanak kanak lelaki yang berbadan obese sehingga sukar untuk dikhatankan.

Antara punca yang menyebabkan semakin banyak penyakit kronik dikalangan orang muda adalah disebabkan oleh pemakanan yang mereka amalkan semenjak peringkat kanak kanak lagi.

Kredit to: Dr.Zubaidi Hj Ahmad

No comments:

Post a Comment