background

Tuesday, July 26, 2016

Ready Stock : Buku-buku Tulisan Ustaz Ebit Lew


Antara buku-buku hasil tulisan Ustaz Ebit Lew yang popular sekarang ini...semuanya ready stock ^_^

1) Tangisan Umat RM25

2) Saya Cuma Posmen RM30

3)Menelusuri Cinta RM28



Postage +RM7 (SM) dan +RM9 (SS)

Jom dapatkan segera....hubungi Zura 010-7963221



Wednesday, July 13, 2016

Buku Saya Cuma Posmen -Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum semua...

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun.

Pelbagai jenis manusia yang ditemui.
Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup.
Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah putus asa.
Jawapannya… kembali kepada ALLAH.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari Allah.



RM30 senaskah. RM7 postage.

Anda berminat untuk memiliki buku ini? Atau mungkin ingin menghadiahkan kepada yang tersayang?

Boleh hubungi Zura di talian 010-7963221 ye...^_^

Sampai jumpa lg...InsyaAllah


Tuesday, July 12, 2016

Buku 99 stress free mummy

TAJUK : 99 Stress Free Mummy
PENULIS : Zatika Izati Puade
ISBN : 978-967-0716-76-3

Sinopsis

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.

Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

"LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT"

-L.M MONTGOMERY-



Antara yang menarik dalam buku ini adalah seperti kisah dibawah:

Ketika mengemas barang-barang di dalam kabinet, saya terjumpa VCD majlis perkahwinan saya. Saya melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2002, manalah ada video 3G dan 4G seperti sekarang ini. Saya mengajak Ikmal menonton bersama-sama.

Ikmal : Video kahwin siapa ni, mama?

Saya : Video mamalah. Masa mama baru kahwin dengan abah.

Dia terdiam seketika sebelum menyambung, "sampai hati mama tak jemput saya."

################################


Selepas makan malam, Nabil mencari roti di dalam plastik 7-Eleven di atas meja.

"Nak cari apa, adik?"

"Roti."

"Kan baru lepas makan nasi? Siap bertambah dua kali tadi."

"Saya nak alas perutlah."

Hmm, dah salah konsep tu, adik.






Harga buku : RM25 siap pos semenanjung

Camne nak dapatkan buku ini?
Boleh hubungi Zura di talian 010-7963221 ye...^_^

Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua...Terima kasih kerana sudi membaca...Sampai jumpa lg...