background

Tuesday, May 25, 2010

Busy nyer.......


Hai,lama betul aku xupdate blog ni.busy sikit....xtau la busy ape,jg anak je ada la.anak pun br sorang.kalau ramai xtau la camne jdnye.hehehe.

Xde apa yg menarik pun sepjg menyepi ni.cuma ada keje tambahan sikit semenjak 2menjak ni.along minta tlg jg tihah utk satu bulan ni sbb pengasuh dia yg aku panggil kak pah sedang dlm pantang br bersalin 15 mei yg lalu.dapat ank perempuan.alhamdullillah.tp aku ngan along blom sempat lg tgk baby br kak pah,mgkn dlm minggu ni kot.along kata tunggu gaji sbb nak belikan hadiah utk baby girl tu.

Disamping tu aku pun tgh sibuk siapkan bj utk majlis persandingan adik Pian yg akn berlangsung pd 5 Jun nnt di Penang.just tambah labuci kat bj lama yg ada.saje try.geram tgk org yg pandai jahit labuci ngan manik,cantik jdnye.tema warna utk majlis tu adalah warna oren.nnt kalu dh siap aku akn upload gmbrnye.bole la korng tgk.apa la sudahnye ye.hahaha.

Lagi satu yg aku nk update,aku ada masukkan gmbr rais dlm peraduan bayi bulan ni di laman web www.majalahpama.com.my.saje suka2.pemenang akn diadili secara undian dan markah dr juri.kalau ada masa lapang sudi2 la vote utk rais ye.ada rezeki bole menang.insyaallah.

Ada lg ni,aku tgh busy jgk utk preparation menjelangnya hari ulang thn perkahwinan kami yg ke-2 pd ahad ni 30 mei.masih dlm perancangan nak beli apa,nk mkn apa,kat mane.tapi itu semua xpenting sgt.yg paling penting hubungan kami ni berkekalan hingga ke akhir hayat.insyaallah.

Itu je kot utk kali ni.Mgkn akn ada lg cite2 yg best di entry yg lain.bye.

Tuesday, May 4, 2010

Selamat Hari Ibu


Aku saje je tukar templete blog aku ni sempena hari ibu yg bakal menjelang pada hari Ahad ni,9 Mei 2010.Sejak jd ibu ni,baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap anaknya.Di bwh ni sebagai renungan kita bersama.Bacalah ek.....

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh saudara Md Nur.

Di kesempatan ni,aku nak ucapkan Selamat hari ibu kpd mak,Pn Fauziah bte Tan dan kepada ma (my mother in law),Pn Nabisah bte Muhammad.We love you.You always in my heart forever.Terima kasih atas segalanya.

Xlupa juga pada semua yg bergelar ibu (termasuk aku)...SELAMAT HARI IBU.


Tuesday, April 27, 2010

Happy Birthday Sayang

Gambar di bwh ni ketika birthday abg yg ke 27 thn pada 14 April yg lalu.Selamat harijadi sayang.Ayg doakan abg sihat selalu,panjang umur,murah rezeki dan semoga berjaya dlm apa saja yg abg buat.i love u.

Ini cupcakes utk harijadi abg kali ni.Cantik tak?Tema warna hijau+putih.Aku tempah dgn Kak Ita.Bulan lepas ada order utk harijadi Rais.Repeat order la ni.Thanks Kak Ita.

Abg tiup lilin.

Rais pun nak bergambar jgk ngan Papa dia.

Abg tgh bukak hadiah

Sukanya dia.....dpt baju.

Ada lg hadiah.....

Wah...dapat tuala hijau pulak.

Ni semua suprise dari aku utk abg sempena harijadi dia.Mmg aku plan nak buat tema hijau putih.Itu sbb semuanya hijau putih dari cupcakes hingga la ke baju dan tuala.
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!!

Tuesday, April 20, 2010

Sunway Pyramid

Hari Ahad selepas keluar dari umah kakda,sebelum balik ke Pasir Gudang,kami gi jln2 ke Bandar Sunway.Kami ke pusat membeli belah Sunway Pyramid.Sebelah menyebelah dgn Sunway Lagoon.Sempat la bergambar di pintu hadapan Sunway Pyramid.

Ni pulak,gambar berlatarbelakang kan Sunway Lagoon dari luar.Kami xmasuk pun sbb xde plan pun nak masuk.Lgpun tiket nk masuk dlm,alamak bole rabak duit abg.Hehe.Mgkn lain kali kot.

Along anak beranak di hadapan Sunway Pyramid

Rais disebelah maskot Sunway Lagoon, tapi xnmpk itiknye.

Aku,Abg,Rais,Tihah,Daus dan Akim

Aku,Rais,Along dan Tihah

Kete abg kena tarik

Masa dlm perjalanan balik dari Bandar Sunway,kami berhenti rehat kat Hentian Rehat Ayer Keroh.Selepas 10 minit gerak dr hentian tu,tiba2 suatu perkara yg xdiingini berlaku.Jeng..jeng...jeng....

Ketika tu aku sedang rancak berborak dgn abg.Tiba2 abg nmpk percikkan air terpercik ke cermin dpn kete.Pelik juga dibuatnya.Nak kata air hujan,cuaca time tu panas terik.Kemudian aku terhidu bau hangit dan kete abg jadi high tempeture.kami jd panik.aku suruh abg berhenti di tepi jln.takut aku dibuatnya.segera abg check dan didapati hose pecah.Ya Allah,bahayanya.suasana jd kelam kabut.along ngan abg zam yg follow dr belakang pun berhenti tanya apa yg terjadi.

Gambar diats tu,setelah abg setuju utk dihantar ketenye ke workshop berdekatan iaitu di area Tangkak.Sbb org yg tarik tu minta upah yg murah la kalau dibandingkan dgn yg lain2.semuanya nk amik kesempatan dgn mengenakan cas yg mahal.

Setelah menggantikan hose yg pecah tu,kami pun gerak balik ke Pasir Gudang.Alhamdulllih semuanya selamat.Inilah pengalamn yg xdpt aku lupakan dan akan dijdkn iktibar dimasa2 akn dtg.

Tuesday, April 13, 2010

Jalan-jalan Putrajaya



Di hadapan Istana Kehakiman

Sabtu dan Ahad lepas,aku ajak along sekeluarga gi jln2 putrajaya.Sebenarnya xplan pun.Tetiba abg ajak gi umah kakda,nak tgk baby Arissa yg lahir 15/3/10 lepas.Kebetulan abg xkeje sabtu tu dan xde kelas minggu tu.Daus ngan Akim sibuk nak ikut maklang dia,sbb mak dia xbgtau pun nk gi KL.along saje je suprise budak2 tu,ckp nk balik pasak je.

Bertolak kul 3 ptg ari sabtu,sampai dlm area 7 mlm kat putrajaya.Daus ngan Akim yg paling gembira sekali.Gi putrajaya katanya.Sebelum balik umah kakda,kitaorg gi jln2 dulu kat bangunan kerajaan putrajaya.Nak tgk pemandangan di mlm hari,dgn lampu2 yg terang benderang.mmg cantik.

Monday, April 5, 2010

RM 3.40


Baru sekejap tadi,aku jual kotak@kertas,tin aluminium dan botol plastik kat org yg selalu la jgk memekak minta suratkhabar lama.Bole kata hari2 dia lalu dgn lorinye tu.
Kebetulan,semalam aku ngan abg kemas bilik belakang.byk kotak2 yg dh koyak dan xleh guna lg.mmg dh set nk jual,dpt la duit jgk,drpd buang camtu je.

Jadi,hasil drpd jualan td,kotak@kertas 10kg = RM1.20,tin aluminium 1kg = RM2 dan botol plastik+besi 1kg = RM0.20.Totalnya RM3.40.

Kelakar jgk tgk amount tu.alahai sikitnya la rasa.tin aluminium tu la yg paling mahal sekali.yg lain2 hampeh.tp kira ok la tu drpd menyemak dlm umah.buat anai2 dtg je.

Xtau la ape pulak reaksi abg bila tau semua ni.

Tuesday, March 30, 2010

1st Birthday Rais

Potong cupcakes

Cupcakes Harijadi Rais

Birthday boy ngan Papa dia

Banner Rais

Hadiah yang Rais dapat

Goodies Rais

Makan Time

21 Mac lalu,Rais menyambut ulang tahunnya yg pertama.Xde jemput org lain pun,ahli keluraga je.Terima kasih pd semua.Alhamdullilah lancar majlisnya.Byk jgk hadiah yang Rais dapat.Mama doakan semoga Allah pjgkan umur Rais dan dimurahkan rezeki.Amin.SELAMAT HARIJADI SYG.

Saturday, March 27, 2010

Blog Baru

Hari ni first time aku wat blog,saje cuba2,menjadi pulak.al-maklum la aku bukan nye pandai sgt dlm bab2 ni.main redah je.hehe.